DEFINISI INOVASI :
Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.
DEFINISI ICT :
ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan 'Informationand Communication Technology' yang bermaksud Teknologi KomunikasiMaklumat Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yangdigunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and CommunicationTechnology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untukpemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segalaaspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat danmudah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan,melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumattanpa mengira tempat dan waktu.